WHAT'S NEW PAGE
     
Home Page

About Page

Photo6 Page

Custom4 Page

Custom Page

Whats New Page

Custom2 Page

 
Perutusan Pengerusi
PERUTUSAN PENGERUSI: KELAB UMNO & POLITIK
Assalamualaikum w.r.t
Saudara dan saudari yang saya hormati sekelian.

Semoga saudara dan saudari sihat diberikan ketenangan di dalam menjalani peperiksaan pertenghahan tahun dan dirahmati Allah.


Saya ingin untuk menjelaskan persoalan peranan Kelab UMNO dan kaitannya dengan politik.

Kelab UMNO Queensland , Australia di tubuhkan dengan tujuan asas untuk memperjuangkan dan menjaga kebajikan pelajar di Queensland tidak mengira fahaman politik mereka. Di dalam aktiviti-aktiviti yang kami jalankan, kami banyak mementingkan aspek keharmonian dan juga semangat bersatupadu di kalangan pelajar serta masyarakat Malaysia di persekitaran. Jika ada perjumpaan bersama pemimpin Malaysia yang datang ke Queensland , kami melihat sessi tersebut sebagai peluang untuk mendapat maklumat dari pihak kerajaan selain daripada apa yang kita terima dari media elektronik.

Hak dan tugas untuk berpolitik bukanlah kepada pelajar tetapi adalah tugas pemimpin-pemimpin politik tanah air kita. Hak dan tugas kita sebagai pelajar adalah untuk memastikan kecemerlangan akademik di samping mengambil segala pengalaman berguna untuk kita sama-sama semaikan bagi memajukan agama Islam, bangsa Melayu dan negara kita. Kami tidak pernah memaksa sesiapa untuk mengikut mana-mana parti politik malah kami menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan prosess pertimbangan akal. Hak untuk berfikir dan membuat keputusan adalah hak masing-masing.

Saudara dan saudari sekalian,
Saya berharap penjelasan saya ini jelas dan saya berharap saudara dan saudari bersama – sama kami di dalam menjayakan segala aktiviti – aktiviti yang bakal kami jalankan kelak.


Zaireen Zainal Abidin