Home Page
About Page
Photo6 Page
Custom4 Page
Custom Page
Whats New Page
Custom2 Page
|
|
Sejarah Pergerakan Pemuda Umno
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah sayap kanan kepada parti induk. Ditubuhkan tahun 1949, ianya menjadi benteng hadapan bagi mempertahankan matlamat dan asas perjuangan parti membela agama, bangsa dan negara.
Motto
"PEMUDA PEMANGKIN GERAKAN REFORMASI"
Falsafah
Melahirkan barisan pemimpin pelapis yang beriman dan berakhlak tinggi. Mampu menguruskan kejayaan yang dicapai oleh negara bagi memastikan wujudnya keseimbangan ukhrawi dan duniawi.
|
Pemuda Umno Bukit Bintang
AB. RAUF YUSOH (tengah) bersama anggota-anggota Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang memeriksa baju-baju yang ditinggalkan oleh kumpulan Skin Head di tempat letak kereta terbuka berhampiran Kuala Lumpur City Centre semalam.
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Seorang dewasa yang berumur antara 30 hingga 40 tahun dikenal pasti sebagai dalang dan ketua kumpulan bagi remaja yang sering melakukan gejala sosial di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Dia yang dikenali sebagai Papa Skin berasal dari Johor dan akan berada di kawasan KLCC hanya beberapa hari dalam seminggu.
Semasa mendedahkan perkara itu, Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Bintang, Ab. Rauf Yusoh berkata, ketua kumpulan berkenaan menyebarkan ajaran neo-Nazi kepada beberapa pengikut kumpulan Skin Head yang sering berada di KLCC dari pukul 3 petang sehingga awal pagi.
``Kami juga mendapat maklumat selain KLCC, dia akan ke beberapa tempat yang menjadi kunjungan kumpulan Skin Head seperti di Shah Alam,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan remaja bermasalah di kawasan KLCC bersama 100 anggota Pemuda UMNO bahagian Bukit Bintang dan Wangsa Maju serta 15 anggota polis yang berpakaian biasa.
Turut hadir pada tinjauan berkenaan ialah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Haidar Ali Sheikh Fadzir; Ketua Pemuda UMNO bahagian Wangsa Maju, Datuk Izuddin Ishak dan Setiausaha Eksekutif Biro Amal dan Aduan Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Hasnah Ali.
Pada tinjauan berkenaan, beberapa barangan seperti beg sekolah, baju yang mempunyai lambang Skin Head, buku teks, buku akaun dan gambar diperoleh di tempat letak kereta terbuka yang berdekatan.
Mengulas lanjut, Ab. Rauf berkata, di KLCC terdapat dua kumpulan remaja utama yang dikenal pasti melakukan kegiatan tidak bermoral.
``Selain Skin Head yang membotakkan kepala, terdapat kumpulan yang lebih ganas iaitu Punk yang sering membuat kacau-bilau antara dua kumpulan berkenaan,'' katanya.
Menurut beliau, kumpulan Skin Head ini lebih kemas dan teratur, malah, ada antara mereka mempunyai pekerjaan tetap dan berpendidikan tinggi.
``Tetapi apa yang kami khuatir ialah mereka mengamalkan ajaran Hitler dan berpandukan kepada `kitab Sham 69', seorang pengasas Skin Head di Malaysia,'' katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menghantar laporan berkenaan kepada Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan sentiasa memantau perkara berkenaan sebelum mengambil tindakan.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya dapat memberikan maklumat kepada pihaknya untuk diambil tindakan sebelum golongan remaja ini lebih terpesong.
``Apa yang menyedihkan ialah 99 peratus daripada mereka adalah kaum Melayu di bawah umur dan ada yang masih bersekolah,'' katanya.
|
KETUA PERGERAKAN
Sehingga kini sebanyak 11 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah memimpin pergerakan berkenaan. Bermula daripada tahun 1949 hingga 1950, pergerakan ini dipimpin oleh Tun Hussein Onn, diikuti oleh Tun Abdul Razak Hussein (1950-1951), Tun Sardon Jubir (1951-1964), Tan Sri Senu Abdul Rahman (1964-1970), Dato' Harun Idris (1970-1976), Tan Sri Syed Jaafar Albar(1976- 1977), Dato' Suhaimi Kamaruddin (1978-1982), Dato' Seri Anwar Ibrahim (1982-1987), Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (1988-1993), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (1993-1996) dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi (1996-1998). Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia terkini adalah YB Dato' Hishammuddin Tun Hussein.hjgahjdshjds
|
Pemuda Kumpul Cadangan Metiokrasi
Pemuda kumpul cadangan laksana meritokrasi
LONDON, Isnin Pergerakan Pemuda Umno dalam proses mengumpul semua cadangan untuk menjayakan pelaksanaan meritokrasi demi kebaikan orang Melayu pada masa depan.
Ketua Pemuda, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, berkata cadangan itu akan dirumuskan Biro Pendidikan Pemuda yang diketuai Dr Adham Baba sebelum membincangkannya dengan Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Tan Sri Musa Mohamad, untuk mengambil langkah susulan.
Sehingga ini, Biro Pendidikan Pemuda sudah menerangkan kepada anggota kelab Umno mengenai meritokrasi dan meminta mereka memberi cadangan mengenai cara terbaik menjayakannya.
Ketika ini juga, Pemuda menggerakkan program Jejak Akar di mana Exco Pemuda menjelaskan isu itu kepada pelajar termasuk kepada masyarakat luar bandar seperti peneroka Felda untuk mendapatkan pandangan mereka, katanya kepada wartawan di sini, semalam.
Hishammuddin berkata demikian selepas menyertai Dialog Akar Umbi Meritokrasi dengan anggota Kelab Umno United Kingdom (UK) dan Eire.
Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Salim Hashim, Timbalannya, Mohd Daud Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia (JPM), Dr Kamaruddin Mohd Nor.
Hishammuddin sebelum ini berada di Itali untuk melihat prestasi pelumba Formula One negara, Alex Yoong, dengan pengeluar kereta Minardi.
Mengenai cadangan itu, Hishammuddin berkata, tumpuan utama diberi kepada cara meningkatkan pencapaian bukan saja pelajar malahan teknik pembelajaran guru dan pensyarah Melayu.
Antara perkara yang berkaitan termasuk persoalan tuisyen, biasiswa dan program motivasi kepada pelajar Melayu.
Bagaimanapun, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat Melayu bahawa pelaksanaan meritokrasi tidak sepatutnya dihadkan kepada perbincangan mengenai prestasi pelajar Melayu dalam bidang pendidikan.
Kekeliruan timbul apabila meritokrasi hanya dikaitkan kepada soal kemasukan atau kuota pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi.
Seperti yang dijelaskan Perdana Menteri, meritokrasi membabitkan semua aspek termasuk peranan dan tanggungjawab ibu bapa dan golongan lain yang dapat membantu masa depan orang Melayu, katanya.
Awalnya, ketika berdialog dengan ahli Kelab Umno UK/Eire, Hishammuddin menerangkan bahawa mesej utama pelaksanaan meritokrasi bertujuan mewujudkan kecemerlangan Melayu dalam semua bidang terutamanya pendidikan
|
Pemuda Dedah Penyebaran Risalah Selewengkan Akidah Remaja Melayu
Kuala Lumpur --- Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang, Ab Rauf Yusoh mendedahkan terdapatnya cubaan memesongkan akidah remaja Melayu apabila menjumpai risalah yang mengandungi perkara-perkara bertentangan dengan agama Islam disebarkan di kompleks-kompleks membeli belah di sekitar bandaraya ini.
Menurutnya risalah yang dijumpai itu, mempunyai dua versi iaitu dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris.
Risalah 50 halaman ini begitu mengelirukan dan kandungannya jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Tajuk risalah ini juga seolah-olah ia berkaitan dengan Islam kerana pada versi Melayu risalah ini bertajuk ˜Mengenal Allah manakala dalam Inggeris pula ia bertajuk˜The Way To God.
Risalah yang bersaiz buku nota kecil ini didapati sengaja diletakkan di ruang-ruang tertentu bagi mudahkan para remaja memperolehinya. Apa yang pasti kandungan risalah ini mampu memberi kesan mendalam kepada mereka yang jahil dalam agama, katanya.
Justeru, selain pemantauan yang dilakukan oleh sukarelawan Pemuda UMNO di samping bantuan pihak berkuasa, pihak keluarga juga harus memainkan peranan dalam mengawasi gerak geri anak-anak mereka.
Selain daripada melakukan pemantauan dari masa ke semasa kita juga memberikan tumpuan untuk mendekati golongan remaja yang berada di kawasan kompleks ini dengan harapan mereka tidak terjebak dalam cubaan penyelewengan ini.
Kita pasti perkara ini ada kaitan dengan unsur luar yang mempunyai niat jahat yang tersembunyi. Untuk itu, kita sudah pun mendapat kerjasama daripada pihak Kuala Lumpur City Center (KLCC) yang sudah pun memberi kebenaran untuk menggunakan masjid di KLCC sebagai tempat untuk memberikan bimbingan kaunseling sebagai salah satu usaha menangani gejala negatif ini, katanya lagi.
Ab Rauf juga berkata walaupun Pemuda baru menjalankan pemantaun sejak tiga minggu yang lalu namun pihak berkuasa telah pun melakukan siasatan lebih awal mengenai perkara ini.
Setakat ini pihak kita telah mendapat kerjasama daripada Sahabat Sukarelawan Remaja yang dianggotai 200 orang di kalangan orang awam yang bukan anggota mana-mana parti politik untuk membantu kita mengawasi keadaan ini.
Tapi kita harap guru-guru sekolah terutamanya guru-guru displin akan dapat turut serta dalam pasukan sukarelawan ini bagi memastikan remaja-remaja Melayu ini agar tidak terus hanyut dalam agenda jahat ini, katanya.
Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, mendedahkan beberapa orang remaja Melayu yang ditemui tidak mahu bercakap soal Islam kerana pemikiran mereka telah pun dirosakkan.
Remaja yang didekati ini tidak mahu membaca Al Fatihah atau mengucap. Inilah yang amat membimbangkan. Golongan remaja ini bukan sahaja terlibat dalam penyelewengan agama yang disebarkan itu malah ada juga di antara mereka yang terlibat dalam Black Metal, penyalahgunaan dadah dan sebagainya, katanya.
Untuk itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan dalam usaha membanteras perkara ini dari terus menular kerana ia akan merosakkan masa depan anak bangsa.
Sumber : Umno Online, 1hb September 2001
|
Pemuda Anjur Majlis Kesyukuran Dan Sembahyang Hajat Sempena Hari Kemerdekaan Negara
KUALA LUMPUR -- Sempena menyambut kemerdekaan negara , Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin di samping sembahyang hajat mohon pertolongan Allah s.w.t agar melindungi umat Palestin dan umat Islam seluruhnya dari kekejaman rejim Zionis di Surau Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok (Khamis) jam 6.30 petang.
Exco Pergerakan Pemuda, Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin berkata majlis tahlil dan bacaan Yassin ini diadakan atas kesyukuran kepada Allah s.w.t atas nikmat kemerdekaan dan kesejahteraan yang dikurniakan kepada negara selama 44 tahun kemerdekaan.
Pada masa yang sama kita juga melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah s.w.t pertolongan ke atas umat Islam seluruhnya khususnya orang-orang Islam di Palestin yang dianiaya dengan kejam oleh Israel.
Atas dasar keprihatinan kita sebagaimana yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w ˜Sesiapa yang tidak ambil peduli tentang keadaan orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan kami (Rasulullah).
Maka dengan itu kami (Pemuda UMNO) berdasarkan kepada hadis ini atas penderitaan yang dialami oleh umat Islam di tempat lain kita menyumbangkan doa dan sembahyang hajat mohon agar Allah s.w.t beri pertolongan pada umat Islam di Palestin, katanya.
Mengenai sambutan yang diadakan secara sederhana ini, beliau berkata besar atau kecil sesuatu majlis itu bukanlah ukuran yang sebenar kerana apa yang lebih penting keikhlasan khususnya dalam meminta pertolongan Allah s.w.t bagi kesejahteraan negara dan umat Islam keseluruhannya.
Kita tidak perlu menghebohkan perkara seperti sembahyang hajat semata-mata untuk ˜political mileage. Kalau mahu menghebahkannya kita mempunyai cukup mekanisme seperti akhbar, radio dan televisyen tetapi kita tidak seperti parti pembangkang (Pas) yang kalau buat sembahyang hajat mesti ada niat tersembunyi mereka untuk sokongan politik.
Selalunya Pas tidak buat sembahyang hajat kecuali sembahyang hajat itu dibuat untuk memusnahkan umat Islam yang lain seperti ingin melihat UMNO runtuh sedangkan UMNO itu diterajui atau dipimpin oleh orang-orang Islam. Sembahyang hajat seumpama ini yang merosakkan umat Islam yang lain tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Tetapi kita buat sembahyang hajat bukan untuk Pas rosak tapi untuk kesejahteraan umat Islam seperti keselamatan rakyat Palestin, katanya lagi.
Menurutnya majlis seumpama ini adalah kali kedua diadakan yang mana pada kali pertama tahun lalu, ia diadakan di Masjid Putrajaya
|
|
|
|
|