Pemuda Umno Mendekati Pelajar
Anggota Exco Pemuda Umno Malaysia Dr Mohd Khir Bin Toyo dan Saudara Ab Rauf Yusoh telah mengadakan perjumpaan - perjumpaan bersama pelajar - pelajar Melayu Malaysia yang menuntut di Brisbane dan Gold Coast , Australia.
Dr Mohd Khir bin Toyo telah mengadakan majlis perjumpaan bersama pelajar pelajar dari Queensland University of Technology , Griffith University, Bond University dan University of Queensland pada hari Isnin , 10 hb September 2001 di Courtyard Marriott Hotel , Surfers Paradise.
Saudara Ab Rauf Bin Yusoh telah mengadakan majlis perjumpaan tertutup dan jamuan BBQ bersama - sama pelajar - pelajar yang menuntut di Gold Coast pada malam Rabu , 12 hb September 2001. Pada malam tersebut berbincangan meja bulat dan dari hati ke hati berhubung masa depan Bangsa Melayu telah di adakan.
Pada malam Jumaat 14 hb Septermber 2001 , Saudara Ab Rauf telah mengadakan majlis pertemuan dengan penuntut - penuntut di Brisbane dan di adakan di Restaurant Malaysian Experience di Toowong, Brisbane. 35 orang pelajar menghadiri majlis dialog dan perbincangan anjuran Saudara Ab Rauf
|